Thursday, 13 December 2012

SAHABAT

Aku ingin sahabatku tersayang
aku ingin kita seperti Abu Bakar Ash Shiddiq
persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq
cintakan kebenaran sanggup bersakit.

Aku impikan antara kita seorang Umar
berdiri tatkala tunduknya manusia
bersuara tatkala diamnya mereka
 menggerunkan musuh durjana

Aku ingin seteguh Ibnu Zubair
menahan panahan Hujjaj dengan rela
bersama Si Ibu tua lantas syahid rohnya ke syurga

Aku ingin sepemaaf Yusuf
tetap mencintai saudaranya
walau dihumban ke perigi tua
terpisah dari ayahnda bertahun lama

Aku ingin pusara kita harum mewangi
bagai harumnya pusara Masyitah
semerbak kasturi

Aku ingin persahabatan indah ini
bisa menjadi syafaat
di mahkamah Mahsyar nanti.

PEMBAHARUAN TWITTER

        Menurut  akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 Disember 2012 (Rabu) Twitter memaklumkan , pengguna twitter  boleh menyunting dan memperbaiki gambar di dalam web miroblog. Twitter memberitahu , rakan kongsinyya, Aviary akan melaksanakan penapisan dan beberapa kesan imej lain untuk pengguna aplikasi telefon pintar iPhone keluaran apple atau telefon menggunakan sistem  operasi Android keluaran Google. Pertelegahan media sosial antara Twitter dan Instagram meningkat hujung minggu lalu selepas laman web milik Facebook itu menghalang imejnya digunakan di laman web mikroblog berkenaan. Instagram yang mempunyai kira-kira 100 juta pengguna, mahu orang ramai menggunakan laman web sosialnya, Facebook berbanding pesaingnya.

Thursday, 6 December 2012

Tip Belajar :D

Tip Belajar Saat Akhir

Belajar saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus dilakukan. Ia memberikan tekanan kepada diri daripada aspek mental,fizikal,emosi,sosial. Ada ketikanya belajar saat akhir memberikan kesan positif sekiranya apa yang diulang kaji menjadi tajuk utama dalam soalan peperiksaan . Namun demikian, kebarangkalian tajuk yang diulang kaji pada saat akhir untuk disoal dalam peperiksaan adalah rendah. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga amalkan kaedah begini,cuba amalkan kaedah di bawah.

* Bertenang dan jangan cemas 
Selapas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan diambil dan disiplinkan diri utk mengikut perancangan yg dibuat.

Beri tumpuan lebih terhadap proses pembelajaran
Jangan terlalu  memikirkan bahawa anda kesuntukan masa . Perkara yg sepatutnya dihafal sprti biasa dan jangan melengahkan masa belajar. Hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar utk melakukan senaman ringan.