Thursday, 6 December 2012

Tip Belajar :D

Tip Belajar Saat Akhir

Belajar saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus dilakukan. Ia memberikan tekanan kepada diri daripada aspek mental,fizikal,emosi,sosial. Ada ketikanya belajar saat akhir memberikan kesan positif sekiranya apa yang diulang kaji menjadi tajuk utama dalam soalan peperiksaan . Namun demikian, kebarangkalian tajuk yang diulang kaji pada saat akhir untuk disoal dalam peperiksaan adalah rendah. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga amalkan kaedah begini,cuba amalkan kaedah di bawah.

* Bertenang dan jangan cemas 
Selapas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan diambil dan disiplinkan diri utk mengikut perancangan yg dibuat.

Beri tumpuan lebih terhadap proses pembelajaran
Jangan terlalu  memikirkan bahawa anda kesuntukan masa . Perkara yg sepatutnya dihafal sprti biasa dan jangan melengahkan masa belajar. Hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar utk melakukan senaman ringan.

2 comments:

  1. nasihat yang berguna tapi kenapa gunakan shortform ???

    ReplyDelete
  2. Yang penting motif yg ingin disampaikan dan semua org fhm maksud yg tersirat dan tersurat .

    ReplyDelete